Pasangan Di Pulau Pinang Minta Maaf Lakukan Seks Di Laluan Motosikal

Sepasang suami isteri di Pulau Pinang meminta maaf kepada penunggang motor di leburaya berhampiran Changkat Kledang kerana melakukan hubungan seks di kawasan tersebut semalam.

Gambar pasangan itu yang sedang asyik melakukan hubungan seks diambil oleh seorang pengguna lebuhraya yang begitu marah dengan perbuatan yang tidak senonoh di tempat terbuka.

“Saya begitu geram melihat kelakuan mereka, saya terus mengambil gambar sebagai bukti dan memarahi mereka, namun mereka berdua dengan selamba menyambung kembali aktiviti tidak senonoh tersebut.”





“Saya terus pergi ke arah mereka dan mereka terus kembali ke kereta dan berlalu pergi begitu sahaja”, ujar lelaki tersebut tersebut.

“Saya terus mengekori mereka balik ke rumah pasangan tersebut yang terletak di Jelutong.”

Wartawan Penangpost.com pergi ke rumah pasangan tersebut namun mereka pada mulanya menafikan perkara tersebut namun akhirnya memohon maaf setelah melihat gambar kejadian tersebut.

“Kami berasa ghairah dan terus melakukan perkara itu.” ujar lelaki tersebut. “kereta kami agak kecil untuk melakukan hubungan seks,” tambah isternya.

Sumber Penangpost.com

Comments

comments