KAFA Dan FAM Dua Kali Lima – Shebby

Pengkritik Serbegeth Singh menyelar tindakan kurang profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila menyamakan kegagalan badan induk itu menyelesaikan tunggakan gaji lima bekas jurulatih negara dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Katanya, pendedahan media mengenai keengganan FAM membayar penuh pampasan kontrak antara tujuh hingga sembilan bulan kepada jurulatih tempatan berkenaan cukup kejam berbanding KAFA yang hanya mengalami masalah kelewatan membayar gaji pemain mereka.

“Bagi saya KAFA dan FAM dua kali lima. Rasanya tiada bezanya, dua-dua sama saja. FAM kena cermin diri dulu kerana tindakan mereka juga tidak betul,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Seharusnya apabila FAM dipimpin pentadbiran baru mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada semua ahli gabungan.





“sebaliknya, alasan FAM yang menyatakan tidak ada duit untuk membayar pampasan gaji itu tidak boleh diterima dan jelas sekali mereka tidak menghormati kontrak jurulatih berkenaan.

“Kalau tidak ada duit, pinjam. Jika tak boleh pinjam, gadai harta, tapi jangan sampai tidak bayar gaji,” katanya.

“Kelima-lima jurulatih itu suda banyak berjasa kepada pasukan negara. Layan mereka dengan adil dan beri hak mereka.

“Jika FAM tidak serius menangani isu ini, jangan marah kalau ada kelan yang tidak bekerjasama dengan mereka seperti isu pelepasan pemain untuk pasukan negara,” kata Serbegeth.

Kesemua mereka hanya menerima tiga bulan pampasan berbanding baki kontrak antara tujuh ke sembilan bulan. Hanya Frank Bernhardt yang berjaya meraih pampasan penuh daripada FAM.

Comments

comments

, ,