FAM Minta FMLLP Tangguh Perlawanan Liga Malaysia Ogos Ini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta agar Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menangguhkan kempen Liga Malaysia Liga M pada Ogos depan.

Ini untuk memberikan laluan kepada skuad B-22 Malaysia menjalani latihan pusat sempena Sukan SEA 2017.

Banyak isu timbul dalam kem Datuk Ong Kim Swee buat masa ini. Banyak pasukan dalam Liga M keberatan melepaskan pemain muda mereka untuk menyertai skuad Sukan SEA.

Ini kerana Liga M semakin menuju ke peghujung saingan dan komitmen kepada Piala Malaysia. Ada beberapa pasukan agak terkesan dengan kehilangan pemain muda mereka.

Misalnya pasukan Kedah. Pasukan tersebut agak terkesan dengan kehilangan pemain muda berbakat mereka untuk tugasan Sukan SEA. Ini kerana mereka berhadapan dengan masalah kecederaan pemain utama yang agak merisaukan.

Mereka terpaksa bergantung kepada pemain muda untuk mengisi slot pasukan tersebut. Hal ini dikhuatiri akan membuatkan pasukan Kedah enggan melepaskan pemain mereka ke Sukan SEA.





Beberapa pasukan bertarung dengan zon penyingkiran juga keberatan untuk melepaskan pemain muda berbakat mereka ke kem kebangsaan.

Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia akan beraksi bermula pada 14 Ogos. Jadi, dengan cuti sepanjang bulan Ogos, ianya membolehkan pasukan-pasukan dalam Liga M melepaskan pemain mereka.

Dipetik dari sumber Bernama, Setiausaha Agung FAM berkata:

“Saya menyokong cadangan itu dan telah menghantar surat kepada FMLLP dan kita sedang menanti jawapan dari Kevin Ramalingam, yang akan bermesyuarat untuk menentukan keputusannya.”

“Jika permintaan itu diluluskan, ia berita yang baik kerana Datuk Ong akan mempunyai masa selama 14 hari bersama pasukannya sebelum perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA pada 14 atau 15 Ogos depan.”

Adakah Liga Malaysia akan bercuti panjang sekali lagi selepas cuti sepanjang Ramadan dan Aidilfitri tempoh hari?

Comments

comments

,