FAM Boleh Diheret Ke Mahkamah, FIFA

Image result for Aminuddin HussinKuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal diheret ke mahkamah, malah sehingga ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekiranya gagal menyelesaikan isu tunggakan baki gaji lima bekas jurulatih skuad utama kebangsaan dan skuad bawah 22 tahun negara (B-22).

Bekas penolong jurulatih B-22 Aminuddin Hussin berkata, pihaknya berharap FAM tidak mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu berkenaan kerana beliau serta tiga jurulatih lain kini sengsara tanpa sumber pendapatan sejak dipecat penghujung Mac lalu.

“Daripada kami berlima, hanya seorang (Megat Amir Faizal Ibrahim) berjaya mendapat kerja selepas dipecat apabila bersama FELCRA FC sebagai jurulatih penjaga gol.

“Selebihnya agak sukar untuk mendapatkan kerja baru kerana kebanyakan pasukan sudah mempunyai barisan kejurulatihan dengan liga sedang berlangsung.





“Kami hanya mahukan hak kami yang tertulis dalam kontrak sebelum ini. Kami sudah mengemukakan dua rayuan kepada FAM memohon baki gaji, namun gagal.

“Oleh itu, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah atau mungkin FIFA,” katanya.

Menerusi laporan akhbar ini, Aminuddin dan empat jurulatih tempatan mempersoalkan layanan berat sebelah FAM terhadap mereka berbanding bekas ketua jurulatih B-22 dari Jerman, Frank Bernhardt yang berjaya meraih pampasan penuh daripada FAM.

Kesemua mereka hanya menerima tiga bulan pampasan berbanding baki kontrak antara tujuh ke sembilan bulan.

Hutang yang perlu dilunaskan FAM kepada mereka berlima membabitkan jumlah sekitar RM450,000.

“Sebenarnya pemecatan saya dan rakan-rakan lain dari skuad B-22 juga diragui. Bayangkan, kami diberi KPI (Petunjuk Prestasi Utama) mara ke final Sukan SEA di Kuala Lumpur.

“Tapi kami dipecat lebih awal dan Sukan SEA belum lagi bermula. Kalau nak kata prestasi pasukan tak memuaskan, cuba fikir adakah kami dapat pemain yang kami mahu. Jadi apa sebenarnya punca kami dibuang kami sendiri tidak tahu,” katanya.

Comments

comments

,