Ajal Makan Kuih Koci

Related imageKUIH koci merupakan makanan tradisional masyarakat Malaysia. Memang ramai yang gemarkan kuih yang berintikan kelapa ini…

Tetapi malang bagi seorang pengurus sebuah syarikat apabila beliau telah disahkan meninggal dunia ketika sedang menikmati kuih koci di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik, Taman Nong Chik, Johor Bahru, Johor.

Kejadian aneh itu dikatakan berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Samsi Sapan, 56, yang berasal dari Kulai bersama-sama dengan tiga orang rakannya mahu menjamu selera di kedai tersebut.





“Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

“Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

Mungkin secara kebetulan memang sudah ajal warga emas tersebut tiba-tiba kembali ke rahmatullah hanya kerana isu tercekik kuih koci.

Kuih Koci amat merbahaya jika terus ditelan sekaligus. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments