Ronaldo Bersungguh Mahu Tinggalkan Real Madrid

Akhbar The Times menyuarakan keyakinan Manchester United akan menandatangani semula Cristiano Ronaldo — saga perpindahan terbesar 2017.

Wartawannya, Duncan Castles, melaporkan “United mahukan Ronaldo kembali ke Old Trafford” adalah punca sebenar penyerang itu mahu meninggalkan Sepanyol.

Sudah tentu cerita itu muncul selepas Ronaldo dituduh menipu cukai Sepanyol sebanyak €14.7 juta (RM70.4 juta) minggu lalu — tuduhan yang dinafikan pemain itu.

Menurut rakan karib Ronaldo, pemain kebangsaan Portugal itu “marah dan kecewa” dengan situasinya di Sepanyol, termasuk laporan media di sana, sehingga membuat pemain itu meminta syarikat yang mewakilinya, Gestifute, mencarikannya kelab baru.

Seperti kelaziman, untuk menambah kehangatan dalam diam-diam perang besar sudah bermula!





Corriere dello Sport melaporkan Paris Saint-Germain (PSG) turut menawarkan €140 million (RM670 juta) ke atas pemain itu, €60 juta (RM287 juta )lebih tinggi daripada yuran perpindahannya dari United ke Madrid, lapan tahun dahulu.

Akhbar Itali itu juga mendakwa Pengerusi PSG, Nasser Al Khelaifi, membenarkan pengurus kelabnya, Unai Emery, membuat rekod baru sejarah perpindahan pemain terhadap bintang Portugal itu.

Gaji bernilai €30 juta (RM144 juta) semusim — atau lebih daripada €575,000 (RM2.7 juta) seminggu — juga akan dibentangkan dalam usaha untuk meyakinkan Ronaldo dan ejennya, Jorge Mendes.

Sementara itu, media berpangkalan di Madrid, Marca, pula menulis Los Blancos telah menetapkan harga mereka buat PSG dan United.

Menurut Marca, Madrid dilaporkan membuat permintaan sekurang-kurangnya €400 juta (RM957 juta) sebelum melepaskan pemain itu.

Dilaporkan United semakin serius untuk mendapatkan Ronaldo apabila sedia berbelanja sebanyak 175 juta pound sterling (RM955 juta) termasuk melepaskan penjaga gol utama, David de Gea.

United sedia menjadikan De Gea sebagai penjaga gol termahal di dunia demi membawa pulang bintang Portugis, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford dari Real Madrid.

Comments

comments

,