Radio THR Gegar Mohon Maaf Putarkan Azan Maghrib 5 Minit Awal, Minta Pendengar Ganti Puasa

Sebuah stesen radio tempatan, THR Gegar memohon maaf kepada rakyat Kelantan berhubung kes teknikal yang berlaku khamis lalu.

Laman sosial Facebook milik THR Gegar diserang netizen yang kebanyakkannya rakyat Kelantan sejak malam semalam kerana memutarkan azan maghrib lima minit awal sebelum waktu berbuka puasa.

Menurut seorang netizen, radio berkenaan memainkan suara azan maghrib ketika pukul 7.23 malam sedangkan waktu berbuka puasa di Kelantan adalah pada pukul 7.27 malam.

Pelbagai reaksi netizen mengenai isu tersebut di mana seorang netizen menceritakan bahawa dirinya melihat orang ramai di kedai mulai menikmati hidangan ketika mendengar azan berkenaan sedangkan waktu berbuka masih berbaki 5 minit.





Walau bagaimanapun pihak THR Gegar sudah memohon maaf di dalam salah satu komen entri mereka di Facebook. Pihak THR Gegar menjelaskan bahawa azan Maghrib berkenaan diputarkan awal lima minit kerana gangguan sistem yang berlaku semalam.

Pihaknya juga meminta rakyat Kelantan yang berbuka awal semalam untuk menggantikan puasa semula berdasarkan Jumhur Ulama.

Ketika mengulas isu berkenaan, Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, seorang Penolong Pegawai Agama (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan  dalam status Facebooknya memberitahu bahawa wajib untuk qadha puasa kerana mendakwa isu ini juga merupakan kesalahan netizen. Menurut beliau, netizen sudah mempunyai jam dan juga takwim, tetapi tidak berhati-hati dan mempercayai radio semata-mata, ini menyebabkan ianya berlaku kerana kecuaian netizen dan jatuh hukum wajib qadha.

 

Sumber kisahdunia.com

Comments

comments

,