NFDP Menang Ke Atas PSV Eindhoven, Pemain Dapat Tawaran Daripada Kelab Luar Negara

Skuad Akademi Mokhtar Dahari U15 (NFDP) dibawah kendalian Lim Teong Kim menamatkan saingan di kejohanan jemputan, AZ International Tournament dengan kemenangan 1-0 ke atas akademi PSV Eindhoven, hasil jaringan Harith Naem. Akademi PSV Eindhoven merupakan sebuah akademi terkemuka di Belanda yang pernah melahirkan bintang bolasepak dunia seperti Memphis Depay, Bolo Zenden, Wilfred Bouma dan pemain skuad kebangsaan Belanda, Huntelaar.

Antara barisan pemain skuad NFDP menentang PSV Eindhoven (Gambar kredit : NFDP)

Dalam perlawanan sebelum ini, mereka tewas kepada FC Copenhagen, Vitesse dan AZ Alkmaar dengan jaringan 1-0. Perlawanan ini memberikan pengalaman yang berguna kepada anak buah Lim Teong Kim kerana mereka menentang barisan terbaik daripada akademi bolasepak di Eropah.




Ketika perlawanan menentang FC Copenhagen (Gambar kredit: NFDP)

Ketika perlawanan menentang Vitesse (Gambar kredit : NFDP)

Lim Teong Kim memberi taklimat kepada pemainnya ketika perlawanan menentang AZ Alkmaar (Gambar kredit : NFDP)

Untuk pengetahuan anda, NFDP sudah pun menerima tawaran-tawaran daripada kelab luar negara yang mahu mendapatkan khidmat pemain muda kita, walau bagaimanapun mereka telah membuat keputusan untuk melepaskan pemain-pemain tersebut ke negara luar selepas tamat program ini.

Football Tribe

Comments

comments

,