Kawan Baik Sendiri Suspek Utama Bunuh Zulfarhan

Kes Zulfarhan kini mendapat perhatian media dan ramai pihak .Terbaru , tertuduh seramai 5 orang telah didakwa membunuh dengan sengaja ke atas mangsa . Kini mereka berhadapan dengan tuduhan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Namun setelah dilakukan siasatan , rupanya yang membunuh arwah bukanlah musuh tetapi rakan baiknya sendiri . Zuhairi ada memberi komen di gambar laman insta arwah zulfarhan bahawa zulfarhan adalah idolanya .Mereka juga dikatakan rapat dan sering melakukan aktivit yang disediakan pihak universiti bersama-sama.

Suspek Utama Bunuh Zulfarhan, Kawan Baik Sendiri?Namun bagaimanalah hanya kerana sebuah laptop yang belum tentu sah diambil arwah diperlakukan sebegitu. Jika betul pun , mungkin ada cara penyelesaianya.

Menurut laporan , kes tersebut berlaku sekitar 22 Mei lalu , dan tweet hairi dikemaskini sekitar 31 Mei . Ia adalah 2 hari sebelum arwah pergi dengan kesakitan akibat perbuatan mereka.





Sehari sebelum Zulfarhan disahkan meninggal dunia, Zuhairi memuatnaik beberapa status di laman Twitter yang didakwa berkaitan dengan keadaan Zulfarhan yang melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

Selain itu , akaun Youtube zuhairi yang tidak set up privasi juga dimaklumkan telah melakukan carian berkaitan menyembuhkan kesan lecur dan terbakar pada kulit . Netizen beranggapan Zuhairi mencari jalan penyelesaian untuk mengubati Arwah Zulfarhan dari membawanya ke hospital.

Ketika ini Zuhairi membawa Zulfarhan ke sebuah apartment bagi menyembunyikan kejadian yang berlaku terhadap arwah.

Dalam pada itu, netizen juga menemui beberapa foto mereka bersama di laman Instagram milik Zuhairi.

Terdahulu, Zuhairi bersama empat penuntut UPNM yang lain didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.

Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Comments

comments