Jerman Sasar Piala Konfederasi Ujian Sebelum Piala Dunia

Joachim Loew (2nd R), head coach of the German national team talks to his playersMUNICH – Pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff mengakui Jerman menyasarkan untuk menjadikan aksi Piala Konfederasi bulan ini sebagai persiapan mereka dalam misi mempertahankan gelaran juara Piala Dunia.

Tiga tahun lalu, jaringan tunggal Mario Gotze dalam masa kecederaan telah menewaskan Argentina dalam aksi final Piala Dunia di Brazil.

Kini, takhta mereka kembali menjadi buruan pada edisi di Rusia nanti dan mereka mahu mempersiapkan pasukan dalam Piala Konfede­rasi sebagaimana pertandingan ini menjadi pra kejohanan sebelum sepak mula Piala Dunia pada tahun depan.

Diundi dalam kumpulan bersama Chile, Cameroon dan Australia yang bakal menjadi aksi pertama Jerman di Sochi pada Isnin ini.





Bierhoff yang menjaringkan gol emas ketika menentang Republik Czech pada aksi final Euro 1996 telah menjelaskan keutamaan The Team dalam sesi sidang akhbar.

“Objektif utama kami adalah untuk memenangi sekali lagi Piala Dunia pada 2018 (di Rusia).

“Jadi, kejohanan ini (Piala Konfederasi) penting daripada sudut untuk menilai pasukan.

“Sebaik kamu berada di sini, kamu sudah pasti mahu menang dan memberikan satu gambaran bagus.

“Kompleks latihan benar-benar mengagumkan. Semuanya tersusun dengan baik. Kami akan memiliki sesi latihan yang bagus,” katanya. – Agensi

Comments

comments

, ,