Benjamin Mora Kembali Ke JDT II

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, tugas Benjamin Mora sebagai jurulatih sementara pasukan JDT telah pun berakhir.

Dengan ini, beliau akan kembali sebagai ketua jurulatih pasukan JDT II semula yang merupakan tugas asal beliau.

Kembalinya Mora JDT II menyaksikan Ismail Ibrahim dan juga Raul Longhi akan memikul tugas sebagai pemangku jurulatih di JDT sebelum jurulatih sebenar diumumkan.

Pihak JDT dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Mora kerana telah berusaha keras untuk pasukan tersebut.





“Kami ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Benjamin Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjaga kelab kami yang hebat ini.”

Pihak JDT menyifatkan Mora merupakan seorang jurulatih yang sentiasa mampu membimbing pemain-pemain muda dan itu amat bersesuaian dengan tugasnya di JDT II.

“Kini Benjamin Mora akan kembali kepada peranan asal beliau selaku ketua jurulatih JDT II kerana beliau hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.”

“Beliau adalah seorang jurulatih muda yang berpotensi dan kami yakin beliau akan menjadi seorang jurulatih yang lebih baik pada masa akan datang” ujar Alistar Edwards Pengarah Sukan JDT.

Siapakah bakal pengganti Mora?

Comments

comments

, ,