Piala FA: Kaunter Tiket Diserbu

SKUAD TOK GAJAH HABISKUANTAN 18 Mei – Para penyokong dan peminat skuad Tok Gajah hari ini menyerbu kaunter jualan tiket di Stadium Darul Makmur di sini bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Walaupun tiket mula dijual pukul 10 pagi, para penyokong dari seluruh negeri ini mula berbaris di kaunter jualan tiket sejak pukul 6 pagi.

Sebanyak 32,000 tiket penyokong dewasa dan 750 keping untuk kanak-kanak diperuntukkan kepada kedua-dua pasukan bagi perlawanan akhir Piala FA 2017 antara Pahang dengan Kedah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

Para penyokong Tok Gajah juga tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi penyokong edisi khas sempena perlawanan akhir tersebut yang dijual di pekarangan stadium berkenaan.

Sementara itu di Stadium Darulaman ada antara penyokong Lang Merah sanggup beratur seawal 8 malam semalam semata-mata tidak mahu terlepas peluang mendapatkan tiket.

Salah seorangnya, Mohd. Sofi Lan, 27, berkata, dia bersama tiga rakannya berbuat demikian kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

“Sejak dari pukul 8 malam semalam kami duduk beratur di kaunter ini… tidur pun di atas simen ini saja. Ini kami lakukan kerana tidak mahu terlepas memberi sokongan kepada Lang Merah,” katanya di sini hari ini.





PELARI LARI KE KEDAHMohd. Sofi dari Kubur Panjang, Pendang itu antara ribuan penyokong Kedah yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini hari ini untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang mula dibuka pukul 10 pagi.

Sementara itu, pelari solo warga emas, Nasir Abbas, 62, yang ditemui memberitahu dia akan membuat larian dari Shah Alam, Selangor ke Alor Setar jika pasukan Lang Merah berjaya menjulang Piala FA selepas sembilan tahun gagal melakukannya.

“Saya berhasrat untuk membuat larian buat kali ketiga sekiranya Kedah menang. Larian mungkin mengambil masa selama enam hari dan sekiranya tidak sempat saya mungkin akan meneruskan larian pada bulan puasa,” ujarnya selepas membeli tiket.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar, sebanyak 12,000 tiket dijual di empat kaunter yang setakat kini masih berbaki 4,000.

Utusan

Comments

comments

, ,