Kafa Tunggu Bayaran Ghaddar

Image may contain: 3 people, people smiling, people standingKOTA BHARU 18 Mei – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengakui masih belum menerima bayaran perpindahan penyerang importnya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohammed Ghaddar.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima bayaran tersebut yang berjumlah RM 1.4 juta.





“Sebaik sahaja menerima bayaran itu kita akan lunaskan semua baki tunggakan gaji pemain Kelantan bagi musim 2015 dan 2016,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan pemain import baru Kelantan Abou Bakr Al-Mel atau Bako dari Labenon di sini hari ini.

Pegenalan penjaring terbanyak Liga Labenon itu dilakukan oleh penaja utama Kelantan Tan Sri Annuar Musa.

Bako dibawa masuk bagi menggantikan Ghaddar bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini. – UTUSAN

Comments

comments

,