Import Baru Tok Gajah Sudah Sedia Robek Kedah

Image result for Yamil RomeroKuantan: Pemain import baru Pahang dari Argentina Yamil Romero sedia untuk menggempur kubu Kedah jika diberi kepercayaan jurulatih Dollah Salleh pada final Piala FA, Sabtu ini.

Pemain berusia 22 tahun itu yang sebelum ini beraksi dengan skuad simpanan Boca Juniors layak beraksi di perlawanan akhir selepas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berjaya melengkapkan pendaftarannya pada tempoh perpindahan pemain semalam.

Romero dibawa masuk untuk mengambil alih tempat penyerang Nigeria Bright Dike yang digugurkan kerana kurang menyerlah.

“Saya gembira kerana dapat bersama pasukan ini. Sudah pasti saya teruja jika dapat bermain di final nanti. Setakat ini saya selesa bersama pasukan dan berharap kami mampu bergelar juara,” katanya semalam.





Kehadiran Romero ini menyambung tradisi pemain import Argentina sebelum ini, Matias Conti yang pernah merangkul kejuaraan Piala Malaysia dan Piala FA 2014.

Pemain yang memiliki ketinggian 180 sentimeter, bertubuh tegap dan memiliki kemahiran kawalan bola serta kepantasan mampu menjadi aset terbaik buat Tok Gajah, cuma aspek kecergasan mencetuskan kerisauan kerana dia sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif.

Romero diuji dalam aksi persahabatan menentang kelab Shahzan Muda FC di Stadium Darul Makmur kelmarin dan meledak dua gol termasuk menerusi sepakan penalti untuk kemenangan 5-0.

Dia yang boleh beraksi di posisi tengah dan penyerang mengakui cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan dalam tempoh terdekat ini.

“Masalah komunikasi sedikit menyukarkan tapi rakan sepasukan sentiasa membantu. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk membantu pasukan,” katanya.

Hmetro

Comments

comments

,