VIDEO Velodrom Nasional Antara Velodrom Terbaik Di Dunia – Azizulhasni

NILAI 20 April – Raja keirin dunia, Azizulhasni Awang melahirkan rasa teruja dan kagum setelah dapat menguji trek di Velodrom Nasional, yang kini telah siap 96 peratus menjelang acara rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini.

Pelumba berusia 29 tahun itu, yang diberi penghormatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Ahad lalu untuk menjadi pelumba basikal pertama negara menguji trek tersebut turut menyifatkan, Velodrom Nasional antara yang terbaik di dunia.





“Sangat seronok. Trek yang cukup lancar walaupun belum dibersihkan sepenuhnya, masih ada habuk namun saya rasa trek ini agak pantas seperti Velodrom di Hong Kong.

“Saya uji sendiri selekoh. Kemudian saya cuba bermain di cerun selekoh untuk dapatkan momentum. Secara keseluruhan trek di sini terbaik. Dalam banyak-banyak trek yang saya pergi, boleh dikatakan kita mempunyai salah satu velodrom yang terbaik di dunia,” katanya selepas menguji velodrom itu di sini hari ini. – Utusan

Comments

comments

,