Perez Beri ‘Lampu Hijau’ Bagi Perpindahan Rekod Dunia Hazard

Madrid: Presiden Real Madrid Florentino Perez memberi ‘lampu hijau’ bagi perpindahan rekod dunia untuk mendapatkan Eden Hazard.

Laporan media Sepanyol menyebut pemain sayap Chelsea itu menjadi sasaran utama kelab gergasi La Liga itu pada perpindahan musim depan.

Bos Blues Antonio Conte pula terdesak untuk mengekalkan pemain Belgium itu tetapi Diario Gol menyebut Real memang serius dan mahu menyelesaikannya biarpun apa keadaannya.





Bos Real Zinedine Zidane mahu mendapatkan tandatangan Hazard tetapi dia perlu berdepan kesukaran.

Malah laporan menyebut Hazard akan menjadi pemain Real paling mahal pernah dibeli dalam sejarah mereka dan mampu mengatasi rekod perpindahan dunia.

Chelsea pula tidak akan membuka perundingan untuk harga kurang daripada £84j (RM554 juta).

Gareth Bale dibeli oleh Real pada kos €100j (RM469 juta) sewktu dibeli daripada Tottenham pada 2013.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mahu memanfaatkan sepenuhnya penjualan Hazard sekaligus mengatasi rekod perpindahan Paul Pogba bernilai £89 (RM493 juta) daripada Juventus ke Manchester United.

Comments

comments

, ,