Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Murid Tahun 6 Rebah Terkena 13 peluru Sesat

bapa saudara mangsa, Mohd. Rahmat Othman menunjukkan kesan peluru penabur di bahagian peti ais dan pALOR SETAR 24 April – Lain ditembak, lain yang kena. Itulah kecuai­an dua pemburu burung yang mendakwa tersasar tembakan se­hingga mengakibatkan seorang mu­rid perempuan tahun enam rebah berlumuran darah akibat ter­kena peluru penabur ketika sedang makan di dapur rumahnya di Kampung Lubuk Keriang, Langgar dekat sini semalam.

Insiden pukul 6.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Nur Syahida Bakar, 12, yang duduk bersila arah pintu dapur rumah berkenaan cedera pada bahagian muka dan badan selepas terkena 13 butir peluru penabur dilepaskan pemburu berkenaan.

Menurut ibu mangsa, Jamaliah Teh, 42, ketika kejadian dia bersama Nur Syahida dan seorang lagi anaknya, Nur Fatin Salsabilla, 3, yang sedang menjamah makanan ter­kejut dengan bunyi satu letupan sebelum melihat dapurnya dihujani peluru penabur.

“Pang! Saya terkejut dengar benda meletup dan asap berkepul sebelum menyedari Nur Syahida rebah tiba-tiba dan terkulai berlumuran darah.





“Peluru itu mengenai Nur Syahida kerana ketika kejadian dia duduk berhadapan pintu dapur yang terbuka sementara saya dan Nur Fatin bersila di sudut terlin­dung, saya tergamam seketika dan selepas itu, terus membawa dia ke hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Jamaliah berkata, Nur Syahida terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan sembilan daripada 13 peluru penabur yang masih berada pada anggota badan terma­suk muka dan kepalanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Bakar Saad, 46, sejurus selepas kejadian, dia didatangi dua lelaki yang meminta maaf kerana tersalah sasaran.

“Niat mereka untuk menembak burung di kawasan sawah tetapi tersasar ke rumah kami. Saya memang kesal kerana mereka cuai sehingga menyebabkan anak saya cedera,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan tiga suspek termasuk lelaki yang melepaskan tembakan berusia 52 tahun serta rakannya, 46 tahun serta pemilik senapang berkenaan seorang warga emas 74 tahun.

,