Ini Merupakan Tahun Terakhir Saya Bersama Kedah – Liridon Krasniqi

Berikut ialah terjemahan dari temubual kelab 1. FC Nürnberg (bundesliga) dengan Liridon Krasniqi dalam artikel bertajuk BEKAS PEMAIN LIRIDON KRASNIQI: DARI TAPAK PEMBINAAN BANGUNAN KINI SUPERSTAR.

Liridon Krasniqi pernah bermain selama enam bulan untuk FC Nürnberg. “Kenangan manis”, itulah yang boleh dikatakan oleh superstar Liga Malaysia ini. Empat tahun dahulu, dia masih bekerja sebagai buruh binaan.

Dalam suhu 30 darjah celsius dan tiket sentiasa habis dijual. Sesetengah pemain profesional harus memilih salah satu, tetapi Liridon Krasniqi ada kedua-duanya. Sebagai pemain Kedah FA dalam Liga Super Malaysia, bekas pemain kebangsaan Kosovo itu hanya berusia 25 tahun ketika ini dalam kariernya, di mana asal usul beliau pada satu masa dahulu terlibat dengan FC Nürnberg di Bundesliga.

Fcn.de: Tahun 2009, anda sentiasa boleh mengikat tali boot anda dan bermain bersama skuad B-17 kelab ini dalam apa jua keadaan. Apa yang anda ingat tentang kelab ini? Adakah masih lagi berhubung dengan bekas rakan sepasukan?

Liridon Krasniqi: Saya mempunyai kenangan yang manis, tapi singkat di kelab ini. Saya tidak nampak masa depan saya bersama FC Nürnberg pada ketika itu. Hati saya berbelah bahagi dan tidak beri 100% terhadap karier bolasepak. Tapi kami mempunyai pasukan yang hebat! Jann George, Patrick Vallet, Mümin Kara, Alberto Maric, Max Buttenhauser dan ramai lagi. Kami juga mempunyai jurulatih yang hebat. Wolfgang Schellenberg seperti mahu memberi peranan kepada saya tetapi saya menolak dengan cara baik.

Fcn.de: Anda telah melepasi skuad belia FC Bayern dan TSV 1860 Munich. Selepas anda bersama Nuremberg, anda telah berhijrah ke Republik Czech dan Turki dan Malaysia. Tetapi, pasti akan ada kekecewaan. Boleh anda ceritakan sedikit?

Liridon Krasniqi: Pertama sekali, semua skuad muda adalah penting dan jelas. Tetapi di kelab besar, seperti Bayern Munich, anda tidak menjadi seorang pemain profesional secara automatik. Apa jua cara, sesiapa pun harus menikmati kegembiraan ini dan berjuang sepenuh hati. Kerana bukan semua orang yang layak untuk diberi peluang tersebut. Selepas Munich dan Nuremberg, terdapat kekecewaan untuk saya. Tetapi anda harus hadapi, terima dan tangkis kekecewaan tersebut; dan menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Inilah yang membezakan saya dengan orang lain.

Fcn.de: Pastinya kenangan negatif anda adalah dua tahun penghalang di mana anda bekerja sebagai buruh binaan dengan bayaran sembilan euro sejam. Adakah ia satu pengalaman yang mengajar?

Liridon Krasniqi: Inilah kehidupan. Sesetengah orang mengambil peluang dan cabaran, sesetangah lagi gagal dan tidak bangkit semula. Saya selalu percaya peluang saya pasti tiba suatu hari nanti. Saya bekerja di tapak pembinaan bangunan lapan jam sehari dan kemudian berlatih bolasepak. Setiap hari tanpa henti. Saya pernah membuat duit di jalan mudah daripada bekerja di tapak pembinaan. Tetapi kerja keras membuatkan duit lebih dihargaai.





Fcn.de: Sekarang kamu memeriahkan stadium Darul Aman yang sentiasa penuh di bandar Alor Setar. Hanya 20km dari lautan Hindi. Adakah anda mengecapi impian indah yang sebelum ini anda tidak rasainya?

Liridon Krasniqi: Ini memang gila! Setiap perlawanan habis tiket terjual. 30,000 peminat datang melihat kami bermain. Saya sukar untuk mempercayainya..Terima kasih tuhan!

Fcn.de: Sebelum karier anda akan berakhir di Alor setar, apakah perancangan anda? Adakah anda ingin kembali ke eropah untuk musim 2018? Untuk kembalikan kedudukan anda dalam skuad kebangsaan Kosovo?

Liridon Krasniqi: Secara jujurnya saya rasa, saya layak mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan Kosovo. Tunggu dulu, Eropah mungkin menjadi sasaran saya. Ia bergantung di mana. Siapa tahu apa akan berlaku. Tapi ini semestinya merupakan tahun terakhir saya di Kedah. Saya mahu membuka kisah baru. Cabaran baru dan piala baru untuk koleksi saya.

Fcn.de: Bagaimana langkah permulaan anda di sini (Malaysia)? Adakah susah untuk menyesuaikan diri?

Liridon Krasniqi: Pada mulanya sangat susah. Saya terpaksa menyesuaikan diri dengan cuaca yang sangat panas. Setiap perlawanan bermain dalam 30 darjah celsius. Pemakanan juga berbeza. Masalah lain ialah hidup secara tersendiri. Di Turki, saya hanya dua jam perjalanan dari rumah. Sekarang 15 jam melalui kapal terbang. Secara tiba-tiba jauh dari segalanya. Dalam 24 jam, saya bersendiri selama 22 jam. Dalam kebanyakan masa saya hanya bersendiri.

Fcn.de: Pertama sekali ia perlulah musim yang berjaya. Apakah impian anda selepas pasukan Kedah mendapat tempat ketiga musim lepas?

Liridon Krasniqi: Saya mahu memenangi kejuaraan liga dan layak ke Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) itu impian saya. Saya telah mengecapi semuanya bersama Kedah, menjuarai Liga Perdana, layak ke Liga Super, Piala Malaysia dan hampir layak ke final piala FA serta anugerah pemain import terbaik. Kami sekarang berada dikedudukan ketiga liga dan mendapat 19 mata dari 10 perlawanan merupakan permulaan yang baik.

Sumber fcn.de

Comments

comments

, , ,