Gaji Lumayan Bukan Keutamaan Ghaddar

Kota Bharu: “Wang bukan segala-galanya. Lagipun, Kelantan sudah menjadi rumah kedua keluarga saya,” kata pemain import berbisa Mohammed Ghaddar, 33, yang tetap dengan pendirian enggan berpindah ke pasukan lain sekalipun ditawarkan gaji lumayan.

Ghaddar menjelaskan, keluarganya sudah selesa di Kelantan walaupun gaji diterimanya tidak setinggi pemain import pasukan lain.

Dia berkata, isteri Zahraa, 27, dan anak Mustafa, 3, dilayan mesra penduduk negeri dan sehubungan itu tidak memikirkan untuk berpindah.

“Setakat ini belum ada mana-mana pasukan menghubungi saya.

“Tapi, jika ada sekalipun wang bukan segala-galanya kerana yang penting, kepuasan hati ketika bermain.
“Kalau bermain tidak sepenuh hati, tiada gunanya kita menyertai pasukan baru itu semata-mata hanya kerana mengejar gaji tinggi.

“Bagi saya, Kelantan tetap pilihan utama kerana pasukan ini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar ini melaporkan, ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail resah jika Ghaddar dipancing pasukan lain sebaik pintu perpindahan kedua pemain dibuka, Mei depan.





Ghaddar tidak asing dalam kalangan penyokong Kelantan kerana pernah menyarung jersi pasukan itu sebelum ini. Malah, dia pernah muncul selaku penjaring terbanyak dengan 21 gol pada 2012.

Dia juga menjadi antara pemain paling digemari peminat The Red Warriors (TRW) selain pernah mencipta sejarah bersama pasukan itu pada 2012 apabila menjulang tiga piala termasuk Piala Malaysia, FA dan Liga Super.

Setakat ini Ghaddar menjadi penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol termasuk

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya akan tetap mempertahankan bekas penggempur Tripoli SC dan Al-Faisaly FC itu daripada ‘dicuri’ pasukan lain.

“Kami tidak akan sesekali melepaskan Ghaddar kerana dia satu-satunya pemain import paling berbisa pernah dimiliki Kelantan.

“Kami juga akan sentiasa memantau Ghaddar termasuk berunding dengannya sekiranya pemain itu ada menerima sebarang tawaran dalam tempoh terdekat,” katanya.

Comments

comments

, , ,