Dapat Derma RM36,000 Untuk Percutian Ke Disneyland

Nikki SmithLONDON – Seorang wanita yang dikecam selepas melancarkan laman kutipan derma untuk cuti bersama dua anaknya ke Disneyland akhirnya berjaya mengumpulkan £6,500 (RM36,000).

Nikki Smith, 33, digelar peminta sedekah selepas merayu bantuan £5,000 (RM27,617) untuk membawa dua anaknya ke Florida, Amerika Syarikat (AS) menerusi laman sesawang kebajikan, GoFundMe.

Dalam laman berkenaan, warga Britain itu memberitahu, dia tidak boleh kerja lebih masa kerana perlu menjaga dua anaknya dan mahu menunjukkan betapa dia menghargai mereka.

Bagaimanapun, dia terpaksa menutup laman berkenaan selepas hanya mengumpul £10 (RM55) dan dikecam serta dipersendakan pengguna Internet.

Nikki yang berasal dari Coalpit Heath, Bristol kemudian mengeluarkan kenyataan maaf yang menyentuh hati.





The crowdfunding page asked for £5,000 to fund the Disneyworld holiday trip“Saya kini menyesal kerana menyatakan hasrat itu. Saya berharap saya tidak pernah memikirkannya.”

Namun, laman yang dilancarkan pada bulan lalu itu diaktifkan semula dan pekerja hospital berkenaan berjaya mengumpul derma sebanyak £6,500.

Ibu kepada dua anak perempuan masing-masing berusia 10 dan 12 tahun itu terkejut dengan jumlah berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada penderma.

“Terima kasih, terima kasih! Semua ini sangat bermakna kepada kami,” katanya dalam laman berkenaan.

“Semua penghinaan dan cercaan yang diterima, saya mula rasakan ia berbaloi untuk saya dan anak-anak,” katanya.

Laman berkenaan dikongsi lebih 21,000 kali dan seramai 127 individu yang membuat sumbangan kepada wanita itu. – Agensi/myMetro Online

Comments

comments