Cheng Hoe Serah Surat Letak Jawatan, FAM Dakwa Tiada Niat Sabotaj Kedah

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar 6-1 ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada Suku Akhir Pertama di Stadium Darul Aman kelmarin adalah hadiah terakhir Jurulatih Tan Cheng Hoe kepada Penyokong Helang Merah.

Ini kerana beliau dilaporkan sudah menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) , Jumaat lalu dan kini hanya menunggu pelepasan majikannya itu.

Ia pasti berita amat mengecewakan penyokong Kedah yang kini sedang menikmati kemuncak prestasi pasukan di bawah kendalian Cheng Hoe selepas Menjuarai Liga Perdana 2015 dan menduduki Tangga Ketiga Liga Super serta menjulang Piala Malaysia tahun lalu.

Menurut sumber rapat KFA , Cheng Hoe , 49 , menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu bukan kerana faktor gaji yang lebih lumayan.

Saya dimaklumkan beliau sudah menghantar surat perletakkan jawatan kepada KFA tetapi belum mendapat maklum balas lagi mungkin dalam Sehari Dua ini.

“Ia bukan keputusan yang mudah untuk beliau membuat keputusan ini , tetapi ini peluang terbaik untuknya menyertai Skuad Kebangsaan dan saya fikir FAM dan Presiden baharu Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada perancangan untuknya . . Tetapi saya fikir ia bukan sebab duit tapi peluang yang lebih baik.

Beliau Dijangka Akan Melaporkan Diri Dengan FAM Secepat Mungkin. .





Siapa pengganti beliau , itu KFA terpaksa buat keputusan awal kerana saingan liga padat selepas ini ,” katanya yang enggan namanya didedahkan

Tugas baru itu sebenarnya bukan sesuatu asing buat Cheng Hoe kerana pernah menjadi Penolong Jurulatih kepada Datuk K.Rajagobal ketika Harimau Malaysia Memenangi Pingat Emas SUKAN SEA LAOS 2009 dan PIALA AFF 2010.

Bagaimanapun pemergian Cheng Hoe tidak perlu ditangisi Penyokong Setia Helang Merah kerana KFA kini dikatakan sedang berusaha mendapatkan pengganti dengan Dua Calon Terbaik adalah Bekas Jurulatih THAILAND , Kiatisuk Senamuang dan Bekas Jurulatih Kedah , Ramon Marcote.

Kiatisuk atau dikenali dengan sebagai ‘ZICO’ meletakkan jawatan Sabtu lalu selepas kegagalan Thailand dalam Kempen kelayakkan Piala Dunia Zon Asia manakala Ramon Marcote yang kini bersama Kelab La LIGA, Atletico Madrid pernah menggendalikan Skuad Kedah hingga layak ke Final Piala Malaysia pada 2015.

Sementara itu desas desus perlantikan itu dibuat kerana ingin mensabotaj pasukan Kedah dinafikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu kemas kini status di akaun Facebook rasmi FAM, malam tadi.

Baginda yang mesra disapa TMJ menjelaskan, pemilihan Tan Cheng Hoe dibuat sendiri oleh Gomez tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan prestasi luar biasa yang ditunjukkan Tan Cheng Hoe menerusi persembahan anak-anak buahnya dalam pasukan Kedah, yang setakat ini belum tewas dalam mana-mana perlawanan, baik Liga Super mahupun Piala FA.

“Mario sendiri menyatakan bahawa beliau berminat dengan Tan Cheng Hoe oleh kerana dalam ramai-ramai jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik baginya.

“Tetapi ia terpulang kepada Tan Cheng Hoe untuk menerimanya atau tidak,” titah baginda.

Comments

comments

, , ,