Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Hong Leong Beri Angpau ‘Terbang’ Pada Pengunjung

Video: Hong Leong Beri Angpau 'Terbang' Pada PengunjungLAZIMNYA pemberian angpau diberi kepada individu yang datang berkunjung ke rumah sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Namun kali ini, pihak pengurusan Hong Leong Bank cawangan Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur dilihat mempunyai cara unik tersendiri apabila mengagihkan angpau dengan cara paling kreatif.






Menerusi video berdurasi 36 saat, pengunjung dilihat terperanjat apabila tidak menjangka menerima duit angpau ‘terbang’ yang bertaburan daripada sebuah belon angin ‘gergasi’ Hong Leong.

Gimik tersebut nyata menggembirakan para pelanggan yang berpusu-pusu mengutip not wang RM1 dan RM5 yang bertaburan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di media sosial pula berbeza-beza di mana ada yang menganggap gimik pemberian angpau itu keterlaluan kerana memaksa orang ramai ‘bersusah payah’ demi RM1. – MYNEWSHUB.CC