VIDEO Pasangan Bikin Kecoh Tunggang Kuda Berbogel

TINDAKAN sepasang lelaki dan wanita selamba berkongsi menunggang seekor kuda sambil telanjang mencetuskan kekecohan masyarakat Urrao, Antioquia, Colombia.

Masyarakat tempatan mengutuk tindakan romantis pasangan terbabit yang tanpa segan silu melakukan aksi erotik itu pada sebelah malam di salah satu jalan di kediaman terbabit.

Menerusi video berdurasi kurang 30 saat yang tersebar, pasangan tersebut dirakam menunggang kuda sambil kuda itu melakukan satu bentuk gerakan atau tarian seolah-olah sedang berjalan di dalam satu perbarisan.

Beberapa penduduk sekitar yang melihat kejadian itu mengekori pasangan terbabit dan tidak kurang juga yang cuba merakam aksi unik tersebut menggunakan telefon bimbit.






Pasangan Bikin Kecoh Tunggang Kuda Berbogel

Jelas laman berita tempatan negara itu, si lelaki bertelanjang bulat manakala si wanita pula mengenakan pakaian dalam.

Tambah laman itu lagi, kejadian yang berlaku mencetuskan kemarahan penduduk sekitar kerana ketika aksi itu dilakukan terdapat kanak-kanak di kawasan terbabit yang turut sama menyaksikan aksi tidak bermoral itu.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi laman mikro Twitter pada Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, laman tempatan negara itu tidak menyatakan sama ada pasangan terbabit dikenakan hukuman di atas perlakuan tidak senonoh yang dilakukan itu. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments