VIDEO Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas 2016

Mohd Faiz Subri was given the award for his amazing swerving free-kick against Pahang Sepakan Magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).

View image on TwitterFaiz menewaskan dua lagi calon Daniuska Rodríguez dari Venezuela daN Marlone dari Brazil dengan kemenangan selesa. Apapun tahniah diucapkan kepada Faiz Subri diatas kejayaan yang penuh bersejarah ini.






Faiz menerusi catatan tweetnya berkata: “Memang di luar jangkaan saya untuk sampai ke tahap ini, bersama-sama dengan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa yang lain. Saya bersyukur dengan Anugerah Puskas FIFA yang diterima ini.”

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, pasukan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Image may contain: 8 people, people standing and suit

Comments

comments

, ,