Tiada Pasukan Tarik Diri Saingan Liga 2017

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, memberi jaminan permasalahan membabitkan hutang lapuk pasukan Liga Super sedang diselesaikan pasukan terlibat ketika ini. 

Kevin juga mengesahkan tiada pasukan yang akan menarik diri daripada saingan liga 2017.

Menerusi perlesenan kelab yang diguna pakai mengikut peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ia dipraktikkan dengan sasaran tiada sebarang masalah hutang lapuk menjelang 2018 membabitkan semua pasukan.





Tegas Kevin, usaha ini dilakukan bagi mengelak ketirisan pembayaran gaji membabitkan pemain import dan tempatan yang sering menjadi isu utama setiap kali musim berakhir.

Jika ada dakwaan kegagalan pembayaran gaji berlaku atau melibatkan hutang lapuk, pihak FMLLP berhak untuk menyekat kemasukan pasukan dalam saingan liga, namun segalanya perlu melibatkan dokumentasi yang sah.

“Buat masa ini, semua pasukan yang ada bayaran tertunggak sedang cuba menyelesaikan masalah-masalah mereka.

“Menjelang sepak mula liga nanti, kita tidak akan mempunyai masalah yang lepas-lepas,” kata Kevin.

Dalam masa yang sama, proses pendaftaran awal membabitkan jumlah minima 20 pemain buat semua pasukan dalam Liga Malaysia 2017 berjalan lancar pada tarikh terakhir yang telah ditetapkan.

Comments

comments

, , ,