Tanpa Import TRW Jadi Mangsa Belasahan – Annuar Musa

Bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menggesa Kelantan mendapatkan pemain import baru dengan harga yang berpatutan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) yang mencabar musim ini.

Annuar dalam laman sosialnya hari ini, berkata masa sudah terlalu suntuk dan tanpa pemain import, The Red Warriors (TRW) bakal menjadi pasukan belasahan. Dia turut berjanji mencari dana bagi membiayai pembelian pemain import baru.

“Masa dah suntuk terutama untuk urus import. Tanpa import rasanya kita teruk kena belasah.





“Justeru, saya cadang KAFA terus tandatangan import dan saya usahakan dana untuk import. Jangan terlalu mahal sudahlah. Saya perlu sedikit masa,” katanya.

Terdahulu, Annuar mencadangkan penubuhan sebuah konsortium yang akan menggabungkan kesemua penaja yang berpotensi bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung KAFA, sekali gus membolehkan TRW beraksi dalam saingan Liga-M musim ini.

Untuk rekod, Kelantan musim ini hanya mengekalkan pemain import, Morgaro Gomis, yang masih mempunyai kontrak untuk mengharungi musim ini.

Comments

comments

, ,