Dulu Mereka Menolak, Sekarang Datang Merayu – TMJ

KUALA LUMPUR – “Sewaktu dahulu saya menyatakan minat untuk menduduki jawatan Presiden (FAM) mereka menolak saya,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, apabila baginda menyatakan akan membina sebuah empayar bola sepak, mereka turut mentertawakan dan mengejek baginda.

Bagaimanapun, titah Tunku Ismail, hari ini pihak terbabit merayu kepada baginda supaya menjadi presiden dan ada diantara mereka cuba meniru apa telah baginda lakukan.





“Itulah sebabnya pada masa ini saya memilih untuk duduk berdiam, lihat dan senyum,” titah baginda dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail yang merupakan pemilik JDT mengingatkan semua pihak tindakan baginda memasuki industri bola sepak telah ‘menggegarkan’ semua pihak.

Titah baginda, kehadiran baginda dalam kancah sukan bola sepak tanah air untuk memastikan semua pihak bangun dari `tidur dan mengubah pemikiran semua.

“Pada hari ini anda mempunyai sebuah kelab yang paling pesat berkembang dan yang paling berjaya di Asia Tenggara,” titah baginda dipercayai merujuk kepada pasukan JDT. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments

, , , ,