Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Remaja Melecur Selepas Makan ‘Biskut Berasap’

KESERONOKAN memakan biskut yang mengeluarkan asap dari mulut mengundang bahaya kepada seorang remaja di Alor Setar, Kedah apabila melecur tapak tangan kanan dan sakit di bahagian tekak selepas menikmati biskut tersebut.

Harian Metro melaporkan, mangsa, Mohd Aiman Mohd Ridzuan, 15, mengalami pedih di bahagian tekak selepas memakan biskut jenama ‘Dragon Breath’ yang diperolehinya di sebuah gerai di bazar larut malam Uptown pada Jumaat lalu.

Mohd Aiman mendakwa terkena cecair nitrogen yang digunakan dalam penyediaan biskut berasap yang dibelinya dengan harga RM10 semangkuk mengandungi 20 keping biskut.

“Saya makan biskut yang keempat dan pada masa yang sama bila makan terasa pedih dalam mulut,” katanya tidak lama kemudian menyedari sesuatu yang pelik apabila tapak tangannya terasa pedih apabila terkena cecair ‘biskut berasap’ itu.

Dia menyedari tapak tangannya melecur dan mengelembung seperti terkena air panas serta terus membuang biskut tersebut.






Remaja Melecur Selepas Makan 'Biskut Berasap'

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, setakat ini, pihaknya menerima lima aduan berhubung pengambilan biskut berasap itu yang mendatangkan kesan kepada pengguna termasuk melecur di bahagian lidah ketika makan.

Menurutnya, biskut berasap tersebut menggunakan gas nitrogen untuk mengeluarkan asap dan menjelaskan pengetahuan secara rambang mendapati gas tersebut berbahaya kepada kesihatan.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC