VIDEO Heboh Coco Dulu Penari Kebudayaan Kini Ligat Di Kelab

Coco Penari Kebudayaan Kini Ligat Di KelabTIDAK habis lagi cerita mengenai Coco iaitu remaja perempuan yang ‘terkenal’ di media sosial dengan accent Mat Salehnya apabila tersebar satu video kelincahannya menari di sebuah kelab.

Video yang berdurasi dua minit itu memaparkan ‘keasyikan’ Coco menari dalam pakaian yang menjolok mata dan berseronok dengan alunan muzik rancak di sebuah kelab di ibu negara.

Tidak cukup dengan itu, Coco turut ‘bergelek’ dan menari dalam keadaan yang mengghairahkan di atas sebuah meja di hadapan deejay kelab tersebut.

Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan kelakuan Coco kerana dianggap sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Selain video tersebut, tersebar empat keping gambar Coco dipercayai ketika zaman persekolahan yang dalam keadaan sopan dan menutup aurat menerusi laman Twitter.






Coco Penari Kebudayaan Kini Ligat Di Kelab

Melalui ruangan komen, netizen menjelaskan Coco adalah penari kebudayaan ketika di zaman persekolahan dan tidak menyangka individu tersebut adalah Coco sekarang.

Rata-rata netizen terkejut dengan penampilan Coco ketika zaman persekolahan kerana dianggap baik dan manis.

Selain popular dengan pelat Mat Sallehnya, Coco baru-baru ini didakwa merampas suami seorang wanita yang sedang hamil.

Coco juga telah meninggalkan tunangnya setelah lelaki itu sanggup menawarkannya RM40,000.

Bagaimanapun, Coco menerusi Instagramnya menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan konon orang ramai tidak mengetahui situasi sebenarnya. – Mynewshub.cc

Comments

comments