VIDEO Cuba Ragut Tas Tangan, Peragut Dibelasah Pejalan Kaki

Taken down: A male passerby rushed to her aid and hit the suspect who tried to take her bagKAMERA litar tertutup (CCTV) di sebatang jalan di China berjaya merakam insiden peragut lelaki dibelasah oleh seorang lelaki kerana cuba merompak seorang wanita.

Rakaman yang berlaku pada 12 Disember lalu dikongsi satu akaun dikenali sebagai Qi Di Shi Bao menerusi laman Weibo sebelum tersebar di laman sesawang negara itu namun lokasinya tidak dinyatakan secara spesifik.

Difahamkan akaun tersebut memiliki seramai 12 ribu pengikut menerusi laman Weibo dan sering memuat naik video-video insiden yang berlaku di sekitar China.

Menerusi video yang tersebar, seorang wanita yang memakai jaket labuh baru sahaja keluar dari sebuah kedai dan berjalan di kaki lima jalan berkenaan sebelum diserang seorang lelaki tidak dikenali dari arah bertentangan.






Supek difahamkan cuba meragut bag tangan mangsa namun sempat dihalang oleh seorang pejalan kaki lelaki yang turut kebetulan berada di tempat kejadian.

Lelaki itu meluru ke arah suspek dan melepaskan tumbukan ke arahnya sebelum bertindak menerajangnya beberapa kali.

Suspek mengalah dan beberapa orang awam dilihat mengerumuni kedua-dua individu tersebut.

Tindakan pantas lelaki pejalan kaki itu menyelamatkan mangsa wanita itu mendapat pujian daripada warga netizen laman sosial Weibo sebagai tindakan yang berani.

Bagaimanapun, kesudahan di sebalik kejadian itu tidak dapat dipastikan sama ada suspek ditahan ataupun tidak kerana laman tempatan negara itu tidak pula melaporkannya. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments