TMJ Semakin Angkuh Dengan Kejayaan Yang Dicapai Oleh JDT

Buat masa ini, tiada tarikh dapat dikemukakan mengenai peranan Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan kewangan terhadap pasukan bola sepak negeri. Pastinya ia sudah lama.

Dengan membaca kenyataan sarkastik Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai bantuan kerajaan terhadap persatuan bola sepak negeri pada ketika ini sebagai berunsur pilihan raya sangat menjengkelkan.

Mungkin TMJ menganggap setiap negeri sehebat Johor yang memiliki putera raja yang cekap mencari duit. Setiap negeri bagi TMJ harus menjadi seperti Johor yang bebas daripada bantuan kewangan melalui sumber politik termasuk Kerajaan Negeri.





Menurut TMJ, bantuan sumber politik termasuk Kerajaan Negeri dalam sukan adalah berunsur membeli undi dan akan mencemar kesucian bola sepak.

Walau bagaimanapun, TMJ harus sedar bahawa bola sepak belum boleh berdikari dengan persekitaran sekarang. Dana tajaan sukan di negara ini masih perlu dibagi-bagi kepada pelbagai jenis sukan. Ini menjadikan bola sepak sekali pun sukan nombor satu, masih perlu merebut kek tajaan dengan pelbagai sukan lain terutama yang sudah bertaraf podium Olimpik dan Asia.

Ianya agak keterlaluan apabila TMJ mencela sokongan kewangan dari sumber politik seolah-olah ia adalah rasuah. Sejak sekian lama, sumber kerajaan negeri dan pusat banyak membantu pembangunan sukan bola sepak.

Jadi, adakah sebelum TMJ menjadi Penaung Persatuan Bola Sepak Johor, semua sumber bantuan kerajaan negeri kepada pasukan Harimau Selatan berbaur politik dan membeli undi?

Meskipun, TMJ nampak cemerlang dalam pengurusan sukan. Itu bukti lima tahun terakhir ini. Tetapi lima tahun tidak sepatutnya menjadikan seorang putera raja yang baharu turun ke padang hijau berasa sebegitu sombong dan angkuh apabila berbicara!

Lebih baik tunggu detik matang dalam membuktikan kehebatan diri. Tiga gelaran Juara Liga Super dan satu piala Kelab Asia Gred Dua tidaklah catatan rekod yang agung pun.

Artikel bukan pandangan peribadi penulis. Artikel ini dipetik dari pru14.tv dan Mynewshub.cc

Comments

comments

, ,