Persembahan Di London Tidak Wujud, Estranged Rugi RM100,000

artis-m-1

kumpulan Estranged bersama pemenang kategori lain selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-22 pada tahun 2008

Kuala Lumpur: Kumpulan Estranged kecewa apabila tawaran membuat persembahan di Festival Muzik Krismas Apple di Roundhouse Camden, London yang sepatutnya berlangsung Ahad ini adalah penipuan semata-mata.

Estranged yang dianggotai Rich Gimbang (penyanyi), Din Hormatov (gitar) dan Nor Hanafi (gitar) dalam satu kenyataan kepada Harian Metro hari ini berkata, mereka sangat kecewa dan malu terutama apabila berita mengenai persembahan itu sudah dihebahkan di media, awal bulan ini.

Menurut Estranged yang popular dengan lagu Itu Kamu, Yang Pernah dan Hancur Aku ini, mereka ditipu seorang wanita rakyat tempatan yang didapati memalsukan surat tawaran persembahan kononnya daripada Pengarah Apple Music di United Kingdom (UK) iaitu Adam TL Wilson.





Apabila mereka menghubungi Apple Music UK, pihak terbabit mengesahkan ia adalah satu penipuan.

“Kami juga mendapat tahu festival muzik itu sebenarnya tidak wujud. Perkara ini sangat memalukan kami.

“Kami tampil mendedahkan semua ini untuk kebaikan pemuzik lain supaya mereka pun tidak tertipu sama. Silap kami juga kerana terlalu ikut naluri dan percaya kepada individu terbabit,” katanya.

Mereka kerugian RM100,000 kerana duit sudah dihabiskan untuk persiapan semenjak 2 bulan lalu seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati  seperti jaket, sepanduk, bendera Malaysia dan Kemeja T kumpulan itu.

Estranged turut membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas, di sini, hari ini.

Kini, Estranged hanya tinggal bertiga iaitu Richael Gimbang Lawrence (Rich), Solihuddin Hormat (Din) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi) yang masih setia memperjuangkan legasi muzik sejak 14 tahun lalu.

Mengulas mengenai pengunduran Andy, Estranged nyata masih ampuh menerima kenyataan kehilangan seorang ahli mereka. Perkara itu dianggap normal bagi pemuzik yang bergabung sebagai kumpulan.

Comments

comments

, ,