Anugerah Bola Sepak Kebangsaan: Hafizul Hakim Cabar Status Apek

Pemain Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam, serta Rizal Ghazali dari Kedah adalah antara calon berpotensi untuk gelaran penjaga gol serta pertahanan terbaik dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 yang akan berlangsung Jumaat ini.

Meskipun memulakan kempen 2016 selaku pilihan kedua, kecederaan yang dialami Zamir Selamat membuka peluang buat Hafizul untuk menyerlah bersama Perak.

Dia tidak dibolosi 11 kali dalam 29 perlawanan sepanjang saingan domestik tahun ini — satu pencapaian cemerlang buat seorang pemain yang disifatkan masih cetek pengalaman.

Malah, aksi itu memberi peluang buat bekas pelatih Harimau Muda B itu untuk disenaraikan dalam skuad akhir ke saingan Piala Suzuki AFF 2016.

Namun, saingan pastinya akan diberi penjaga gol berpengalaman dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Diberi gelaran ‘Apek’, dia memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik sebanyak empat kali berturut-turut dari 2010 hingga 2013.





Seperti juga Hafizul, Apek tidak dibolosi dalam 11 perlawanan musim ini meskipun Kelantan berdepan masalah prestasi pada awal musim.

Bahagian pertahanan pula menyaksikan kemunculan mendadak Rizal yang membantu Kedah menjulang Piala Malaysia 2016 selain tempat ketiga saingan Liga Super.

Berusia 24 tahun, Rizal melengkapkan musim gemilang apabila mewakili negara dalam kempen Piala Suzuki AFF apabila diturunkan dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, saingan dalam bahagian itu tidak kurang hebatnya dengan tonggak berpengalaman Felda United, Shukor Adan, serta Aidil Zafuan Abdul Radzak dari pasukan Johor Darul Ta’zim turut mempamerkan persembahan konsisten bersama pasukan masing-masing musim ini.

SENARAI PENUH PENCALONAN:

PENJAGA GOL TERBAIK

1.FARIZAL MARLIAS (JDT)
2.KHAIRUL FAHMI CHE MAT (KELANTAN)
3.SYAZWAN YUSOFF (MELAKA)
4.HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM (PERAK)
5.KHAIRUL AZHAN KHALID (SELANGOR)

PENYERANG TERBAIK

1.AMRI YAHYAH (JDT)
2.AZINEE TAIB (JDT)
3.ZAQUAN ADHA ABD RAZAK (JDT II)
4.SYAFIQ AHMAD (KEDAH)
5.AHMAD HAZWAN BAKRI (SELANGOR)

PEMAIN TENGAH TERBAIK

1.SAFIQ RAHIM (JDT)
2.BADDROL BAKHTIAR (KEDAH)
3.SYAZWAN ZAINON (KEDAH)
4.R.GOPINATHAN (SELANGOR)
5.SAFAWI RASID (T-TEAM)

PERTAHANAN TERBAIK

1.SHUKOR ADAN (FELDA UNITED)
2.AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK (JDT)
3.RIZAL GHAZALI (KEDAH)
4.MATTHEW DAVIES (PAHANG)
5.RONNY HARUN (SARAWAK)

 

stadiumastro

Comments

comments

, ,