ABK2016: Ahmad Hazwan Dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2016

SHAH ALAM: Bekas penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016.

Ahmad Hazwan yang bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia 2017, turut terpilih sebagai Penyerang Terbaik ABK selepas mencatat 25 penampilan dengan meledak tujun gol ketika bersama Selangor tahun ini.

Malah bekas pemain Harimau Muda A itu turut membantu pasukan Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima keseluruhan.

Pemain kebangsaan berusia 25 tahun pernah mencatat rekod tersendiri apabila menjadi pemain termuda melakukan hatrik ketika bersama pasukan Kuala Lumpur (2009-2012).




Selain itu, anugerah Pemain Tengah Terbaik dimiliki pemain JDT, Safiq Rahim, manakala Pertahanan Terbaik dinobatkan kepada pemain Kedah, Rizal Ghazali.

Pasukan Kedah meraih anugerah berganda apabila pengendalinya, Tan Cheng Hoe dipilih sebagai Jurulatih Terbaik ABK 2016.

Cheng Hoe berjaya membawa skuad Helang Merah muncul juara Piala Malaysia menerusi penentuan penalti ketika saingan akhir bertemu Selangor baru-baru ini.

Selain itu, anugerah Penghargaan Khas turut diberikan kepada pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Puskas Fifa 2016.

Dalam pada itu, ABK 2016 menyaksikan pasukan JDT mendominasi kemenangan selepas menerima enam daripada 25 kategori anugerah keseluruhannya.

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016

1. Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

2. Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

3. Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)

4. Pertahanan Terbaik: Rizal Ghazali (Kedah)

5. Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

6. Pemain Import Terbaik: Jorge Pereyra Diaz (JDT)

7. Pemain Muda Terbaik: Safawi Rasid (T-Team)

8. Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Kedah)

9. Pemain paling popular: Liridon Kasniqi (Kedah)

10. Penjaring terbanyak tempatan Liga Super: Fazrul Hazli Abd Kadir (Perak)

11. Penjaring terbanyak import Liga Super: Jorge Pereyra Diaz (JDT)

12. Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana: Abd Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

13. Penjaring terbanyak import Liga Perdana: Ilija Spasojevic (Melaka)

14. Pemain Wanita Terbaik: Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

15. Anugerah Fair Play: Negeri Sembilan

16. Penyokong Terbaik Liga Super: Penyokong JDT

17. Penyokong Terbaik Liga Perdana: Penyokong Melaka

18. Pasukan Bola Sepak Terbaik: JDT

19. Laman web Terbaik: JDT

20. Laman sosial Terbaik: JDT

21. Penghargaan Khas: Faiz Subri (PUSKAS Award)

22. Penghormatan Khas: Mendiang Ah Wa (penyokong setia Perak)

Comments

comments

, , ,