Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Video Chelsea Berpesta Gol Di Stamford Bridge

CHELSEA menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mengatasi Everton 5-0 di Stamford Bridge, awal pagi Ahad.

Anak buah Antonio Conte mendapat manfaat keputusan seri 1-1 antara Manchester City dan Middlesbrough untuk memintas kedudukan teratas pasukan kendalian Pep Guardiola itu.

Eden Hazard menjaringkan gol pertama buat pasukan tuan rumah sebelum melakukan hantaran kepada Marcos Alonso untuk disempurnakan pada minit ke-20.

Everton cuba bangkit tetapi Chelsea terus memberikan tekanan apabila Diego Costa merembat masuk gol ketiga tuan rumah.


The Toffees masih belum mencatat sebarang di Stamford Bridge sejak 1994.

Chelsea terus berpesta gol apabila Hazard meledak gol keempat pada minit ke-56.

Tuah terus mengiringi pasukan tuan rumah apabila Pedro meletakkan kedudukan 5-0 pada minit ke-65.

Conte memuji persembahan cemerlang anak buahnya kerana perlawanan itu amat penting dalam meningkatkan keyakinan untuk berada di puncak liga.

“Pemain berhak mendapat kemenangan ini kerana mereka mempamerkan komitmen terbaik dan bekerja keras. Kami bagaimanapun mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

, , ,