Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Presiden FIFA Sokong Format 48 Pasukan

ZURICH 6 Okt. – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyokong penuh untuk memperluaskan saiz Piala Dunia kepada 48 pasukan bagi membuka lebih peluang kepada negara lain.

Perkara tersebut disahkan menerusi temu bual eksklusif beliau dengan AFP hari ini.

Menurut Infantino, beliau percaya menerusi titik asas ini, mungkin beberapa negara bakal menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan selepas ini dengan format yang dicadangkan itu.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan rasa yakin dan gembira terhadap cadangan tersebut demi masa hadapan selepas badan induk bola sepak dunia itu dicemari skandal.


“Tiada yang sempurna, saya sekarang di sini. Tetapi saya tidak mencuri, saya tidak me­ngaut ke­untungan, saya tidak menipu dan saya membenarkan sesiapa pun di dalam organisasi ini untuk berbuat demikian,” katanya.

Infantino, 46, yang mengambil alih jawatan daripada Sepp Blatter, berazam untuk menyemarakkan kembali masa depan bola sepak.

“Kami boleh mempertimbangkan Piala Dunia akan disertai 48 pasukan daripada format 32 pasukan. Buat masa ini format paling ideal adalah 32 pa­sukan.

“Idea tersebut menyak­sikan 16 pasukan terbaik dalam pu­si­ngan kela­yakan, akan mara secara terus ke pe­ringkat kumpulan,” ujarnya. – AFP

, ,