Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Khalid Ali Boikot Dokumentari Harimau Malaya 1980

Dr. SALLEH SAID KERUAK (tengah) menyampaikan cenderamata kepada KUALA LUMPUR 9 Sept. – Pelancaran filem dokumentari Harimau Malaya 1980 hari ini berlangsung tanpa Khalid Ali yang merupakan penjaring terbanyak skuad yang berjaya melayakkan dir ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 itu.

Enam gol Khalid membantu Malaysia muncul juara pusingan Kelayakan Olimpik Kumpulan 2 Asia, dan peristiwa itu menjadi subjek dokumentari Harimau Malaya 1980 terbitan Astro itu. Khalid dikatakan enggan menyertai penerbitan filem itu.

Pasukan itu bagaimanapun tidak ke Olimpik Moscow berikutan keputusan kerajaan memboikot temasya berkenaan berama-sama banyak lagi negara lain kerana tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan.

harimau-malaya-olimpik-1980

Selepas menang bertemu Korea Selatan

Nama Allahyarham Tukamin Bahari dan pakar sepakan sudut inswinger Abdullah Ali serta pengurus pasukan Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud tidak pula disebut ketika majlis memperkenalkan barisan pemain dan pegawai skuad bimbingan Karl Heinz Weigang itu dalam majlis pelancaran filem berkenaan di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil hari ini.

Seorang lagi anggota pasukan, Kamarudin Abdullah tiada dalam majlis pelancaran yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak itu kerana kini berada di Switzerland.

B954Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, Khalid membuat keputusan secara individu dengan enggan mengambil bahagian dalam dokumentari yang bakal disiarkan di saluran Astro Arena 801 dan 802 serta Astro SuperSport 831 sempena Hari Malaysia, 16 September ini.

“Kami sudah menjelaskan ketika mengadakan mesyuarat dengan anggota pasukan ini enam bulan lalu bahawa pembikinan dokumentari ini tertakluk kepada persetujuan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka. Jika kurang daripada itu, tidak wajar untuk meneruskannya.

“Ada seorang dua yang memutuskan tidak mengambil bahagian, (itu) keputusan individu,” katanya dalam sidang akhbar.

, , ,