Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bukan Senang Wakili Malaysia, Tak Sama Seperti Liga – Amri Yahyah

“Beraksi bersama skuad kebangsaan tak sama beraksi dalam liga kita,” itu luahan kekecewaan kapten skuad negara, Amri Yahyah, seolah-olah ditujukan kepada segelintir pemain yang gagal memberi komitmen tinggi di atas padang.

Amri yang diberi peranan besar menyarung lilitan kapten, gagal menyerlahkan ketajaman penyudahnya berbanding beraksi bersama pasukan kelab.

Dia tampak tidak mendapat sokongan secukupnya daripada rakan-rakan sekalipun memperoleh peluang untuk menghasilkan jaringan.

Enggan menyalahkan pemain tertentu susulan kekalahan 3-0 kepada Indonesia, Amri, bagaimanapun, memberi peringatan kepada semua pemain agar lebih bersedia untuk aksi seterusnya.

“Kami perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

“Saya harap ia akan menjadi pengalaman berguna bagi setiap pemain dan sesiapa sahaja yang dipanggil untuk skuad kebangsaan.

“Bukan senang, tak sama seperti liga,” tegas pemain yang beraksi di posisi serangan itu.

Sementara itu, Fadhli Shas adalah antara pemain yang mengalami keracunan makanan dalam skuad negara.

Namun, dia enggan menjadikan itu sebagai alasan, sebaliknya mengakui beraksi hambar, terutamanya melakukan kesilapan ketika lawan meraih gol pendahuluan, dengan berkata,”Saya minta maaf kerana ia mungkin berpunca daripada saya kesilapan tadi.

“Insya-Allah saya akan cuba bangkit semula dalam perlawanan seterusnya.”

, , , ,