Ibu Terkejut Adlin Ditahan Polis Kes Penipuan Hartanah

Adlin Aman Ramlie PETALING JAYA: Seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah.

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.


Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.
Artis terbabit yang ditahan itu direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad.

Terdahulu, artis itu dikatakan terbabit dengan penipuan pelaburan yang melibatkan seramai 9 lelaki dan 5 wanita itu ditahan bersama rampasan 9 buah kereta jenis Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios dan Proton.

Barang kemas turut dirampas bersama sejumlah buku bank, kad bank, borang pelaburan, telefon bimbit dan komputer.

Dalam pada itu isteri Adlin iaitu Emelda yang dihubungi tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.

Comments

comments

, ,