Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tiada Kontrak Baru Buat John Terry Selepas 18 Tahun Berkhidmat

Kabtan-John-TerryKETUA Pasukan Chelsea, John Terry akan mengakhiri khidmatnya bersama Chelsea selama 18 tahun pada akhir musim ini selepas kontraknya tidak disambung lagi.

Berikutan itu, bekas pemain England berkenaan sedang merancang majlis perpisahan bernilai £22,000 bersama rakan sepasukan.

Terry yang menjadi tonggak pertahanan penting buat Chelsea memulakan karier bersama The Blues ketika berusia 17 iaitu pada musim 1998/99 dengan memakai jersi no 28.

Dia diturunkan buat pertama kali pada 28 October 1998 dalam perlawanan Piala Liga menentang Aston Villa sebagai pemain gantian lewat permainan. Beliau terpilih dalam kesebelasan utama ketika menentang Oldham dalam perlawanan Piala FA.

17. 1st Chelsea Start

Penampilan pertama bersama Chelsea pada usia 17 tahun

Sepanjang 482 penampilan bersama Chelsea, Terry telah menjaringkan 66 gol, iaitu 40 gol sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau pernah dipinjamkan kepada pasukan Nottingham Forest pada musim 2000.

Pemain berkenaan membuat penampilan terakhir ketika Chelsea seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur Sabtu lalu ketika dia berusia 35 tahun.

Khidmat Terry hampir berakhir pada 2014 selepas kontrak tamat, tetapi jurulatih ketika itu, Jose Mourinho menyambung kontraknya selama dua tahun sehingga 2016.

Mula menjadi ketua pasukan pada 2001 selepas Marcel Desailly meninggalkan Chelsea. Ketiadaan Terry sebagai pemimpin di bahagian pertahanan dilapor antara punca prestasi Chelsea menjunam pada musim ini.

Ketiadaan Terry pada musim depan akan memaksa Chelsea untuk membuat pelaburan besar bagi mendapatkan pemain pertahanan tengah berkualiti untuk menghalang asakkan lawan.

, , , ,