Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Polis temui pistol dalam kereta Safee Sali

KUALA LUMPUR – Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.

Dilaporkan, lelaki melayu berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.


Hasil soal siasat lelaki tersebut mengaku menjumpai pistol tersebut ketika memancing dan menyimpan pistol tersebut sebagai keselamatan dirinya.

Lelaki yang mempunyai 3 rekod jenayah lampau tersebut mengakui kenderaan yang dinaiki model Ford Ranger tersebut adalah milik Safee Sali.

Safee Sali telah menghantar kenderaan tersebut ke kedainya pada minggu lepas untuk memasang “Full Ascesorries” dan menyatakan Safee Sali bercadang akan ambil kenderaannya itu selepas Final Piala FA.

Kes masih lagi dalam siasatan polis dan lelaki tersebut direman 7 hari.

,