Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penguin Berenang 5,000 Batu Setiap Tahun Bertemu Lelaki Selamatkannya

JOAO telah menyelamatkan penguin itu dengan membersihkan minyak dan memberikannya makan ikan untuk menambahkan tenaganya.

Dia juga menamakan penguin berkenaan Dindim.

Selepas seminggu, dia cuba melepaskan Dindim ke dalam laut tetapi penguin itu enggan meninggalkannya.

“Dindim tinggal bersama saya selama 11 bulan dan selepas dia bersalin bulu, Dindim terus hilang,” kata Joao.

Beberapa bulan selepas itu, Dindim kembali semula dan mengikut Joao balik ke rumah.


Selama lima tahun, Dindim akan menghabiskan masa selama lapan bulan bagi setiap tahun untuk bersama Joao dan baki beberapa bulan lagi dipercayai digunakan penguin itu untuk membiak di perairan Argentina dan Chile.

“Saya sayangkan penguin itu macam anak saya dan saya percaya ia juga menyayangi saya. Tiada siapapun dibenarkan menyentuh Dindim.

“Semua orang kata Dindim tidak akan kembali lagi melawat saya sejak empat tahun lepas tetapi ia sampai di sini pada Jun dan pergi pada Februari.

“Setiap tahun penguin ini kelihatan teruja dapat bertemu saya,” katanya. – Mynewshub.cc

,