Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

MALAYSIA KINI KE-166 DALAM RANKING FIFA

Skuad bola sepak kebangsaan kini berada di tangga ke-166 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), naik 5 tangga berbanding di tangga 171 pada bulan lalu.

Malaysia yang mengumpul 129 mata, berada di belakang Bermuda, Gambia, Liechtenstein, Grenada dan Malta.

Manakala dalam kelompok Asia, Malaysia berada di tangga ke-32, di belakang India, Maldives, Guam, Myanmar dan Afghanistan. Jiran terdekat, Indonesia berada 4 anak tangga di belakang Malaysia, namun Singapura berada lebih baik iaitu 7 tangga di depan Malaysia.


Sementara itu, Iran menguasai Asia dengan berada ditangga teratas, di depan Jepun, Korea Selatan (ke-3) dan Arab Saudi (ke-4).

Belgium pula kekal berada di takhta senarai dunia dengan mengumpul 1506 mata, mengatasi Argentina (ke-2), Sepanyol (ke-3) dan juara Piala Dunia 2014, Jerman (ke-4).

, ,