Carneiro Mahu Mourinho Minta Maaf Secara Terbuka

Bekas doktor kesihatan Chelsea, Eva Carneiro menuntut pemohonan maaf secara terbuka dari bekas pengendali kelab itu Jose Mourinho.

Wakil Carneiro menjelaskan kliennya masih tidak menerima sebarang pampasan dari Chelsea terhadap layanan diterimannya sebelum ini.

“Kami tidak akan menjangkakan sebarang penyelesaian hari ini, kami mahu Mourinho meminta maaf secara terbuka,” jelasnya.

BACA: VIDEO Marah Dengan Doktor Pasukan, Mourinho Larang Eva Carneiro Bersama Skuad


Carneiro bakal menerima pampasan berjumlah ratus ribu GBP sekiranya memenangi kes diskriminasi terhadap wanita itu.

Dia kehilangan kerjanya setelah disingkirkan Mourinho yang mengkritiknya ekoran turun ke padang untuk merawat Eden Hazard.

Pengendali kelahiran Portugal itu turut menyalahkan Carneiro sebagai punca pasukan itu mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Swansea 8 Ogos lalu.

Comments

comments

, , ,