Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ramai Tak Puas Hati Filem “Ola Bola” Ubah Fakta Sebenar

Penyerang berbisa Malaysia sekitar tahun 80-an, James Wong berkata filem ‘Ola Bola’ sepatutnya mengekalkan fakta dan tidak mengubahnya kerana boleh mengelirukan generasi muda.

Beliau adalah pemain yang menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan negara semasa peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 berkata kepada Bernama, fakta semesti dikekalkan dan tidak boleh diubah.

Perlawanan di Kuala Lumpur menentang Korea Selatan banyak menarik perhatian dan hangat didebatkan sejak beberapa minggu lalu berikutan tayangan perdana ‘Ola Bola’ yang diilhamkan oleh zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.

Watak-watak dalam filem itu, bagaimanapun, tidak berkongsi nama yang sama dengan pemain kebangsaan dan pelbagai aspek cerita telah dipinda dengan alasan untuk tujuan sinematik.

Sesetengah penonton melahirkan rasa tidak senang mereka apabila gol kemenangan dalam filem itu dijaringkan oleh penyerang Melayu yang bernama Ali yang memakai jersi nombor 10, selepas menerima hantaran daripada pemain Cina dari Sabah yang bernama Eric dengan jersi nombor 9.

Gol kemenangan pada perlawanan pada 1980 dihasilkan melalui rembatan James Wong yang memakai jersi nomber 9 setelah menerima hantaran lintang daripada Hassan Sani di kotak penalti Korea Selatan.

Hassan yang kini bergelar Datuk, ketika itu memakai jersi nombor 10 juga mengakui bahawa beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah.

BACA: Filem Ola Bola, Kisah Benar Wira Bola Negara

Filem Ola Bola memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada 1980http://www.bazookapenaka.my/2015/10/filem-ola-bola-kisah-benar-wira-bola-negara/

Posted by bazookapenaka.my on Thursday, December 10, 2015

 

Sebagai contoh, katanya jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam filem tersebut keputusannya ialah 3-2.

Bagaimanapun, beliau memuji kejayaan pembikin filem dalam menangkap semangat masa dan keakraban di antara pemain kebangsaan, yang berasal dari kaum yang berbeza.

“Ceritanya (filem Ola Bola) memang bagus. Pemain bola sepak kita masa itu tidak mengira bangsa… ada Melayu, Cina dan India.

“Ceritanya pun hampir-hampir sama dengan apa yang kami lalui dahulu seperti kaedah kami menjalani latiha serta menaiki helikopter untuk ke Stadium Merdeka,” katanya kepada Bernama.

Beliau, bagaimanapun, berkata, skuad negara sekarang tidak mempunyai ramai pemain pelbagai kaum dan tidak faham mengapa kaum tertentu begitu kurang menceburi sukan bola sepak berbanding dahulu.

Ola Bola ialah sebuah cerita diinspirasi dari kisah benar bukan cerita berdasarkan kisah benar.

Highlights perlawanan Malaysia menewaskan Korea Selatan pada 6 April 1980 dan seterusnya layak ke Olimpik 1980.

Posted by Harimau Malaysia Official on Wednesday, February 3, 2016

, , ,