Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

HIDDINK BERANG HAZARD BERCAKAP SOAL PERPINDAHAN

Eden-Hazard-and-Ball-boy-Pengendali Chelsea Guus Hiddink membidas pemain bintangnya Eden Hazard kerana berani bercakap soal perpindahan ke PSG walaupun pemain itu gagal beraksi cemerlang musim ini.

Hazard sebelum ini mengakui bahawa sukar untuk dia menolak tawaran dari juara Liga Perancis Paris Saint Germain yang bakal menjadi lawan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah lewat pagi Rabu.

Namun, Hiddink menegur pemain itu untuk kembali fokus perbaiki prestasi selepas menandatangani kontrak GBP 200 ribu (RM 1.1juta) seminggu kurang setahun lalu.


“Dia telah menandatangi kontrak lanjutan setahun yang lalu dan kini dia perlu kembali cergas dan buktikan dia seorang pemain yang terbaik dahulu,” jelasnya.

“Sekiranya dia mahu berpindah, saya berpendapat PSG bukanlah destinasi untuknnya kerana pemain bertaraf dunia hanya akan beraksi di Liga Perdana Inggeris, Liga Sepanyol dan Liga Jerman,” ujarnya.

Pemain berusia 25 tahun itu baru menjaringkan satu gol musim ini iaitu jaringan sepakan penalti berdepan MK Dons dalam saingan Piala FA.


“Sukar untuk saya menolak tawaran dari PSG, mereka sebuah pasukan yang berupaya untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah,” jawab Hazard kepada media.

Kenyataan itu turut mencetus kemarahan dikalangan penyokong setia The Blues.

, , , ,