Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Band British Viola Beach Dan Pengurus Maut Kemalangan

KESEMUA empat ahli kumpulan Viola Beach dan pengurus mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Stockholm, Sweden, semalam.

Anggota band yang berasal dari Britain iaitu Kris Leonard, River Reeves, Tomas Lowe dan Jack Dakin beserta pengurus mereka, Craig Tarry terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ketika melalui sebuah jambatan di lebuhraya sebelum terjunam ke dalam terusan.

Viola Beach berada di negara itu bagi menjayakan sebuah festival muzik Where is the Music? yang berlangsung sehari sebelum kemalangan itu berlaku.


A badly damaged car is towed up from the canal under the E4 highway bridge in Sodertalje, SwedenSingle pengenalan band itu Swings & Waterslides dilancarkan tahun lalu dan sejak itu mereka mula meraih perhatian kebanyakan peminat terutamanya di negara Eropah.

Status terakhir band itu di laman Facebook adalah pada 2 Februari lalu, di mana mereka membuat pengumuman bakal mengadakan persembahan gig di Amerika Syarikat tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

,