Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sertai Phil Neville, Gary Neville Dilantik Jurulatih Valencia

Gary dan Phil ketika mewakili Man United

BEKAS pertahanan Manchester United dan England, Gary Neville dilantik sebagai ketua jurulatih Valencia pada Rabu.

Dengan pelantikan itu, Gary kini akan dibantu oleh adiknya iaitu Phil Neville yang dilantik sebagai penolong jurulatih sejak Julai lalu.

Gary, 40, yang juga penolong jurulatih England akan terus memainkan peranan untuk skuad kebangsaan negaranya.


gary-neville-pic-getty-images-image-1-305545565-129544Pemilik Valencia yang merupakan warga Singapura iaitu Peter Lim adalah rakan kongsi Gary di kelab kerdil England, Salford City.

Sebaik sahaja dilantik sebagai jurulatih, Gary berkaya, “saya teruja kerana telah diberi peluang oleh Valencia.

“Valencia merupakan sebuah kelab bola sepak terbesar dan saya akan berusaha merealisasikan hasrat dan semangat penyokong,” jelasnya.

Dengan menerima jawatan penting itu, Gary bertindak meletak jawatan sebagai pengulas bola sepak bagi Sky Sports dengan serta-merta.

Sementara itu, bekas jurulatih Manchester United, Sir Alex Ferguson menyifatkan pelantikan itu satu tindakan dan pilihan tepat.

Ferguson yang disifatkan sebagai guru kepada Gary berkata, bekas anak didiknya itu mempunyai sifat kepimpinan dan rajin.

Malah Ferguson percaya Gary mampu dilantik sebagai ketua jurulatih England jika dia mampu memberikan yang terbaik kepada Valencia.

, , ,