Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dakwaan Ronaldo gay resahkan Real Madrid

GAMBAR Badr Hari mendukung Cristiano Ronaldo yang dimuat naik MADRID – Pada ketika Real Madrid sedang menghadapi aksi tidak menentu, dakwaan bahawa bintang penyerang mereka, Cristiano Ronaldo ialah seorang ‘gay’ dan mempunyai gaya hidup yang mampu menjejaskan prestasinya jelas tidak menggembirakan gergasi bola sepak Sepanyol itu.

Menurut akhbar Sepanyol, pemain antarabangsa Portugal itu mengalami kemerosotan prestasi kerana kekerapannya mengharungi perjalanan lebih sejam dari Mad­rid ke Maghribi dengan menaiki jet peribadi.

Ronaldo, 30, yang hanya menjaringkan lima gol daripada 13 perlawanan La Liga musim ini dikatakan sering berkunjung ke Maghribi untuk menghabiskan masa dengan teman rapatnya iaitu atlet kickboxing, Badr Hari yang sering berkongsi gambar-gambar bersama penyerang tersebut dalam Instagram.

Akhbar harian Sepanyol, SPORT mendakwa, Real sangat bimbang kerana Ronaldo terbang ke Maghribi beberapa kali seminggu, malah apa yang lebih membimbangkan apabila ada laporan mengatakan pemenang Ballon d’Or itu seorang gay.

Laman web ExtraConfidential.com pula mendakwa, Ronaldo akan menghabiskan masa di Rabat empat hari seminggu de­ngan menaiki jet Gulfstream G200 sekitar jam 3 petang dari Isnin hingga Khamis sebelum pulang pada malam hari yang sama.


“Bintang Portugal itu biasanya akan berlepas pada Isnin hingga Khamis sekitar jam 3 petang iaitu selepas tamat sesi latihan. Dia akan kembali ke Madrid pada malam hari yang sama untuk membolehkannya menjalani latihan keesokan pagi.

“Dalam bilik persalinan, gaya hidup Ronaldo menimbulkan kebimbangan, apatah lagi ia mempengaruhi prestasinya di atas padang. Kekerapan berulang alik menaiki jet dari Madrid ke Rabat menjejaskan permainannya,” lapor laman web tersebut.

Isu Ronaldo turut menjadi perbincangan hangat dalam te­levisyen Perancis, malah topik itu dibincangkan oleh pengulas French TV, Daniel Riolo yang memberitahu: “Saya hanya berminat dengan apa yang dilakukan oleh pemain di atas padang, apa pun aktiviti mereka di luar padang ia mungkin menjejaskan mereka.

“Mengambil contoh Cristiano Ronaldo. Saya pasti, dengan ke­rap terbang ke Maghribi..tiga atau empat kali seminggu untuk bertemu teman rapat mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada permainannya.” – AGENSI

,