Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Budak Reka Jam Kontroversi Dapat Jemputan Daripada Obama, Mark Zuckerberg

SUSULAN insiden pelajar berusia 14 tahun, Ahmed Mohamed yang ditahan pihak polis kerana disyaki bawa bom ke sekolah, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah memberi jemputan untuk berjumpa remaja itu.

Ahmed yang bersekolah di Sekolah Tinggi MacArthur, Texas ditahan selepas gurunya membuat laporan polis kerana menyangkakan projek jam yang dilakukannya itu merupakan bahan letupan ala kumpulan pengganas.

Selain Obama, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg turut menyatakan keterujaannya untuk bertemu sendiri dengan remaja tersebut di pejabat miliknya yang terletak di Menlo Park, California.

Selain Obama dan Zuckerberg, insiden yang berlaku terhadap Ahmed turut mendapat sokongan daripada ramai netizen yang bersimpati dengan keadaan dirinya apabila menjadi mangsa salah faham.


Netizen menggunakan hashtag #IStandWithAhmed bagi membela nasib yang menimpa Ahmed. Ternyata kejadian ini menunjukkan fenomena Islamophobia masih lagi menebal di AS lebih-lebih sejak insiden 11 September 2001.

Ahmed bagaimanapun tidak dikenakan sebarang dakwaan berhubung salah faham itu. Uniknya sejak insiden itu mendapat tempat, pihak media tempatan dilihat berkumpul di hadapan kediaman keluarga Ahmed.

Apa yang menariknya, bapanya turut menjamu pihak media yang bertugas dengan hidangan pizza dan minuman ringan. Respeklah! – MYNEWSHUB.CC

,